PERLEMBAGAAN MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA(MBFM) BAB 1

PERLEMBAGAAN
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA


ISI KANDUNGAN

BAB
FASAL
MUKA SURAT

BAB YANG PERTAMA
PERKARA-PERKARA ASAS
FASAL 1
NAMA
4
FASAL 2 
ALAMAT
4
FASAL 3
LOGO, BENDERA, COGANKATA DAN PAKAIAN RASMI
4
FASAL 4
ASAS DAN TUJUAN
5-6
FASAL 5
KEAHLIAN
6
FASAL 6
PENDAFTARAN KEAHLIAN
6-7
FASAL 7
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
7
FASAL 8
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM
7-8
FASAL 9
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
8-9
FASAL 10
JAWATAN KUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN (JKKT)
9-10
FASAL 11
KEWAJIPAN DAN JAWATAN KUASA KERJA TERTINGGI
11-12
FASAL 12
TUGAS JAWATAN KUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN
12-14


BAB YANG KEDUA
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM NEGERI
FASAL 13
SUSUNAN PERHUBUNGAN NEGERI MBFM NEGERI
15
FASAL 14
KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA MBFM NEGERI
16-17
FASAL 15
TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA MBFM NEGERI
17-19

BAB YANG KETIGA
SUSUNAN PENTADBIRAN MBFM WILAYAH
FASAL 16
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM WILAYAH
20
FASAL 17
MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN MBFM WILAYAH
20-21
FASAL 18
TUGAS-TUGAS  MESYUARAT PERWAKILAN WILAYAH
21-22
FASAL 19
MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA MBFM WILAYAH
22
FASAL 20
JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH
22-23
FASAL 21
KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA MBFM WILAYAH
23-24
FASAL 22
TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA WILAYAH
24-26

BAB YANG KEEMPAT
SUSUNAN PENTADBIRAN CAWANGAN MBFM
FASAL 23
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN CAWANGAN MBFM
27-28
FASAL 24
PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN
28
FASAL 25
JAWATANKUASA CAWANGAN MBFM
28-29
FASAL 26
TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN MBFM
29-30

BAB YANG KELIMA
PERKARA-PERKARA AM
FASAL 27
TAFSIRAN
31
FASAL 28
DISIPLIN MBFM
32
FASAL 29
PUNCA PENDAPATAN
32
FASAL 30
YURAN MBFM
32-33
FASAL 31
KEWANGAN
33-34
FASAL 32
JURUAUDIT ATAU PEMERIKSA KIRA-KIRA
34
FASAL 33
MEMINDA PERLEMBAGAAN
34
FASAL 34
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA FELDA
35
FASAL 35
PERTIKAIAN DALAMAN
35
FASAL 36
PEMEGANG AMANAH
35-36
FASAL 37
PINDAAN PERLEMBAGAAN
36
FASAL 38
LARANGAN
36
FASAL 39
PEMBUBARAN
37



PERLEMBAGAAN
MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

BAB YANG PERTAMA
PERKARA-PERKARA ASAS

FASAL 1
NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Majlis Belia Felda Malaysia atau nama ringkasnya “MBFM”


FASAL 2 
ALAMAT

Alamatnya ialah         :           Tingkat 1, Blok B
                                                Anjung Felda
                                                Jalan Maktab
                                                54000 Kuala Lumpur

dan Ibu Pejabatnya akan ditetapkan dari masa ke semasa di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dengan Persetujuan Pendaftar Pertubuhan Belia.


FASAL 3

LOGO, BENDERA, COGANKATA DAN PAKAIAN RASMI

3.1       LOGO
Lambang MAJLIS terdiri dari satu perisai dengan gambar tiga manusia yang mengangkatkan tangan ke atas dan diapit oleh bunga padi di kiri dan kanan. Ini mencerminkan semangat perpaduan, kerjasama serta kegiatan-kegiatan MAJLIS. Warna yang digunakan ialah hitam, jingga dan putih serta bunga padi dijadikan lambang kegiatan pertanian oleh belia-belia.
3.2       BENDERA
            Warna Jingga dan Putih dan berlogokan MBFM
3.3       COGAN KATA
            Berilmu Berbudaya Berketrampilan
3.4       PAKAIAN RASMI
            Kemeja berwarna putih dan berlogo MBFM

FASAL 4
ASAS DAN TUJUAN

MBFM adalah sebuah pertubuhan belia yang berjuang mendukung cita-cita Malaysia demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan Negara.

4.1       Untuk menggalakkan dan menguatkan pergerakan persatuan belia di dalam Rancangan Felda di seluruh Malaysia.

4.2       Untuk menjadi satu badan perunding dan penyelaras yang akan menyusun pergerakan belia di dalam Rancangan Felda di seluruh Malaysia.

4.3       Untuk mengembangkan dan menguatkan perhubungan antara persatuan-persatuan belia di setiap MBFM Wilayah dan MBFM Negeri dengan mengadakan perhimpunan,  pameran dan aktiviti sosial.

4.4       Untuk mewakili belia Felda dan memajukan sokongan–sokongan kepada kerajaan dan badan-badan yang diakui sah.

4.5       Untuk menggalakkan dan memajukan pemimpin-pemimpin dewasa mengambil berat peranan belia.

4.6       Untuk menumpukan taat setia kepada Negara, menggalakkan fahaman di dalam hidup aman damai antara kaum melalui pergerakan-pergerakan belia.

4.7       Untuk menggalakkan persatuan-persatuan belia di dalam Felda mengambil tanggungjawab yang penuh di dalam lapangan sivik dan penghidupan bermasyarakat.

4.8       Untuk menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan di dalam rancangan pembangunan kemajuan luar bandar.

4.9       Menyebar dan mengeluarkan penyiaran, penerbitan dan penerangan di atas kegiatan-kegiatan belia MBFM khasnya dan belia lain amnya, dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

4.10     a)         Menjalan,   mentadbir,   menguasa   dan   menyeliakan   apa-apa perniagaan bersendirian atau perkongsian atau secara perusahaan bersama dengan sesiapa orang jua pun, perbadanan, yang difikirkan sesuai oleh MAJLIS.

b)                 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh MAJLIS ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan MAJLIS ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli MAJLIS. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan atau kedua-dua sekali kepada sebarang ahli atau pekerja MAJLIS ini kerana memberikan perkhidmatan kepada MAJLIS.

4.11     Mengadakan dan menjalankan kutipan derma atau apa-apa kutipan faedah tabung MAJLIS tertakluk kepada kebenaran berkuasa jika berkenaan.


FASAL 5
KEAHLIAN

5.1  Ahli-ahli MBFM adalah Ahli Biasa

5.2              Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia dan Seorang Ahli Biasa hendaklah :-

(a)       Warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun berkenaan melainkan seseorang itu masih lagi menjadi  Jawatankuasa atau dipilih.

(b)      Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar MBFM.

(c)       Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang Pertubuhan Belia yang lain kecuali Pertubuhan Unit Beruniform.


FASAL 6
PENDAFTARAN KEAHLIAN

6.1       Tiap-tiap belia, generasi baru Felda dan warga Felda berhak mendaftar diri sebagai ahli MBFM mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

6.2       Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa MBFM Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

6.3       Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada MBFM Cawangan di mana ia memohon menjadi ahli dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 30.1

6.4       Jika permohonan pemohon tidak didaftarkan sebagai ahli dalam tempoh satu bulan, ia boleh melaporkan hal ini kepada Jawatankuasa MBFM Wilayah atau MBFM Negeri dan Jawatankuasa MBFM Wilayah atau MBFM Negeri mesti menyelesaikan masalah tersebut.


6.5       Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan (JKKT) berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.


FASAL 7
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut :-

7.1       Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat MBFM.

7.2       Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam MBFM.

7.3       Ahli-ahli yang tidak menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung MBFM Wilayah atau Mesyuarat Agung Tahunan boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 28 dan Fasal 30.

7.4       Ahli yang tidak hadir di Mesyuarat Agung Tahunan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung yang berkaitan selepasnya dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

7.5       Seseorang ahli itu tidak berhak menjadi ahli lebih daripada satu MBFM Cawangan dan tidak boleh mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.


FASAL 8

SUSUNAN DAN PENTADBIRAN MBFM


8.1.      Bentuk susunan Pentadbiran dan Wilayah kuasa adalah seperti berikut :-

(a)              KEBANGSAAN     -          iaitu Mesyuarat Agung Tahunan atau waktu ketiadaannya, Jawatankuasa Kerja Tertinggi.

(b)              NEGERI                  -        iaitu Mesyuarat Agung atau kovensyen Negeri atau waktu ketiadaannya Jawatan kuasa Kerja Negeri.

(c)              WILAYAH              -        iaitu Mesyuarat Agung Wilayah atau  waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja Wilayah.

(d)              CAWANGAN          -        iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja Cawangan.

8.2.      Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal MBFM dibawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan. dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Mesyuarat Agung Tahunan pada masa ketiadaanya, tetapi segala langkahnya hendaklah dimaklumkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.


FASAL 9
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

9.1              Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi pertubuhan belia dan perjalanan pertubuhan belia adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan MBFM.

9.2              Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu

9.3              Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan ialah :-
(a)       Menentukan dasar-dasar pertubuhan belia.
(b)       Mengkaji kerja-kerja Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(c)       Tertakluk kepada Fasal 10 memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(d)       Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik Juruaudit untuk tempoh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

9.4              Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada :-
(a)       Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
(b)       Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(c)       Perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Wilayah seramai sepuluh (10) orang.
(d)       Pengerusi MBFM Wilayah  yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja MBFM Kebangsaan berhak melantik gantinya dikalangan ahli-ahli wilayahnya.

9.5              Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut :-
(a)       Dengan kehendak Presiden.
(b)       Dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.
(c)       Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu per dua daripada jumlah semua MBFM Wilayah itu telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas atas masalah yang sama.
(d)       Mengikut Fasal 9.5 (c) di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh permohonan daripada MBFM Wilayah yang terakhir itu diterima maka Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap.

9.6              Satu perdua (1/2) dari jumlah perwakilan wilayah atau 4 kali jumlah JKKT MBFM atau mana yang lebih kurang sepatutnya hadir adalah cukup koram.

9.7              Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Perwakilan Tahunan ATAU Mesyuarat Agung Khas itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh JKKT MBFM dan jika kemudian koram tidak juga cukup, perwakilan yang hadir berkuasa menjalankan mesyuarat tersebut.  


FASAL 10
JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN (JKKT)

10.1         Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal MBFM di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan dan JKKT adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Mesyuarat Agung Tahunan pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

10.2         Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan hendaklah terdiri daripada:-
(a)       Seorang Presiden
(b)       Seorang Timbalan Presiden
(c)       Seorang Naib Presiden 1
(d)       Seorang Naib Presiden 2
(e)       Seorang Naib Presiden 3 (Wanita)
(f)        Seorang Naib Presiden 4 (Remaja) - tidak melebihi umur 25 tahun
(g)       Seorang Setiausaha Agung
(h)       Seorang Penolong Setiausaha Agung
(i)        Seorang Bendahari Agung
(j)        Seorang Penolong Bendahari Agung
(k)       Seorang Ketua Penerangan
(l)        Sebelas orang Ahli Jawatan Kuasa
(m)      Lima orang yang dilantik oleh Presiden
10.3         Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden 1, Naib Presiden 2, Naib Presiden 3 (Wanita) dan Sebelas orang Ahli Jawatankuasa adalah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (pemilihan) tiap-tiap 2 tahun sekali.

10.4         Naib Presiden Remaja, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan 5 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Presiden dan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan kecuali mereka berhenti dan meletak jawatan atau diberhentikan dan dipecat atas kuasa Presiden.

10.5         Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah di pilih tiap-tiap 2 tahun sekali, tidak mempunyai status Pegawai dalam Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dan hanya bertanggungjawab dalam urusan pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

10.6         Dua orang Juru Audit Dalaman atau Pemeriksa Kira-kira hendaklah di pilih tiap-tiap 2 tahun sekali, tidak mempunyai status Pegawai dalam Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dan hanya bertanggungjawab dalam urusan memeriksa kira-kira Akaun dan Harta MBFM.

10.7         Bagi menentukan perjalanan dan urusan pentadbiran MBFM berjalan lancar, Jawatankuasa Eksekutif boleh menjalankan tugasan bagi pihak JKKT dari semasa ke semasa.

10.8         Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada :-
(a)       Seorang Presiden
(b)       Seorang Timbalan Presiden
(c)       Seorang Naib Presiden 1
(d)       Seorang Naib Presiden 2
(e)       Seorang Naib Presiden 3 (Wanita)
(f)        Seorang Naib Presiden 4 (Remaja) - tidak melebihi umur 25 tahun
(g)       Seorang Setiausaha Agung
(h)       Seorang Penolong Setiausaha Agung
(i)        Seorang Bendahari Agung
(j)        Seorang Penolong Bendahari Agung
(k)       Seorang Ketua Penerangan






FASAL 11

KEWAJIPAN DAN JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI


Kewajipan-kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah seperti berikut :-

11.1         Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil tertentu untuk mengemaskan perjalanan MBFM.

11.2     Membentuk asas, dasar dan perancangan dalam perlaksanaan FASAL 3 dalam Perlembagaan ini.

11.3         Mengikhtiarkan penubuhan MBFM negeri dan menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan, memerhatikan serta mengawal perjalanan MBFM Wilayah dan MBFM Negeri.

11.4         Membentangkan kepada Perhimpunan Agung Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan prestasi serta penyata kewangan yang telah diperiksa dan disahkan.

11.5         Berkuasa menggantungkan Jawatankuasa MBFM Cawangan, Wilayah dan Negeri, jika didapati perjalanan sesuatu MBFM Cawangan, Wilayah dan Negeri itu bertentangan dengan Perlembagaan MBFM.

11.6     Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit dikalangan semua peringkat MBFM dan memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa setelah diminta oleh MBFM Wilayah atau Negeri.

11.7         Membuat peraturan-peraturan tetap berkenaan dengan penubuhan Persatuan, tatatertib ahli-ahli Mesyuarat dan Perhimpuanan Agung Tahunan dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan MBFM dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan MBFM.

11.8         Memutuskan rayuan-rayuan dan seseorang yang telah ditolak menjadi ahli oleh Jawatankuasa Kerja MBFM Wilayah atau Negeri.

11.9         Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan lain atas hal-hal yang bersesuaian dengan Perlembagaan MBFM.

11.10     Memilih ahli-ahli bagi mewakili MBFM di dalam sebarang kumpulan atau jemaah majlis mesyuarat dan sebagainya.

11.11     Memberhentikan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan selain daripada Presiden dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada Ahli JKKT tersebut tidak boleh diganti.

11.12     Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada MBFM untuk diterima balik.

11.13     Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan MBFM.

11.14     Keputusan Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan adalah muktamad jika tidak dibatalkan oleh Perhimpunan Agung Tahunan.


FASAL 12

TUGAS JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN



12.1         PRESIDEN

Presiden adalah bertanggungjawab:-

(a)             Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

(b)             Menjadi Presiden MBFM yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan MBFM keseluruhannya.

(c)              Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan MBFM.

(d)             Melantik dan menggugurkan Naib Presiden 4 (Remaja), Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.

(e)             Melantik dan menggugurkan 5 orang Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

(f)               Menandatangani cek-cek bersama-sama dengan Bendahari Agung.

(g)             Mengumumkan sesuatu perkara MBFM kepada orang bukan ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau mana-mana sebaran am.

(h)             Mewakili MBFM dalam Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia.


12.2         TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden adalah bertanggungjawab:-

(a)  Memangku tugas-tugas Presiden Ketika Ketiadaan Presiden.

(b)      Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan semasa ketiadaan Presiden.


12.3         NAIB-NAIB PRESIDEN

Naib-naib Presiden adalah bertanggungjawab:-

(a)  Membantu tugas-tugas Presiden.

(b)                Mempengerusikan Mesyuarat JKKT Kebangsaan semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.

12.4.   SETIAUSAHA AGUNG

Setiausaha Agung adalah bertanggungjawab:-

(a)        Secara langsung kepada Presiden.

(b)              Melaporkan kepada Presiden segala tindakan yang dijalankan                         berhubung dengan pentadbiran Ibu Pejabat. 
             
(c)       Mendapat persetujuan daripada Presiden berkenaan dengan pengambilan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Ibu Pejabat dan juga pemberhentian mereka itu.

(d)              Mengurus panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Presiden serta menghadiri dan menulis minit mesyuarat tersebut.

(e)  Mengawal kerja-kerja kakitangan.

(f)                Mengendali surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lainnya dengan teratur.

(g)  Menjadi Setiausaha kepada Majlis Perundingan Generasi Baru Felda.

(h)  Menyimpan daftar ahli.


12.5.    PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG

(a)        Membantu Setiausaha Agung menjalankan tugasnya.

(b)        Memangku jawatan Setiausaha Agung dalam masa ketiadaannya.


12.6.   BENDAHARI AGUNG

(a)        Menerima dan membayar segala wang bagi pihak MBFM.

(b)       Menyimpan buku kira-kira dengan teratur.

(c)        Menyediakan dan membentangkan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan dan Perhimpunan Agung Tahunan.

(d)        Menandatangani segala cek-cek bagi pihak MBFM bersama-sama dengan Presiden.


12.7.   PENOLONG BENDAHARI AGUNG

(a)        Membantu Bendahari Agung menjalankan tugasnya.

(b)        Memangku jawatan Bendahari Agung dalam masa ketiadaannya.
12.8.    KETUA PENERANGAN

(a)       Bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam kegiatan penerangan dan melaporkan kepada Presiden dan Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan.

(b)      Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja-kerja Pegawai di dalam Jabatan itu.


12.9.    AHLI JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI KEBANGSAAN

Bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kebangsaan melaksanakan tugas yang ditentukan.